PLEASE LIKE ME PAGE ON FACEBOOK

Mint Bliss Energizing Losyen utk kaki dan tumit anda!

 Hi semua! Hari ni saya ingin membuat sedikit review mengenai satu produk penjagaan kaki yang istimewa di Mary Kay..Haa mesti ada diantara anda yang tidak mengetahui tentang produk istimewa ini kan?Selain produk penjagaan kulit muka,Mary Kay juga turut mengeluarkan produk penjagaan khas untuk kaki iaitu satu losyen khas untuk kaki ; Mint Bliss Energizing Lotion for Feet & Legs

Tentu anda tertanya tanya kan apa perbezaan losyen kaki ini daripada losyen losyen yang lain kan

📌Ramuan pudina sejuk dengan bahan-bahan utama yang berkhasiat bertindak menyegarkan dan melegakan seluruh bahagian kaki. 

📌Melembapkan tapak kaki dan kaki

📌 Sangat ideal untuk hari-hari yang sibuk di mana anda perlu berjalan ke sana ke mari.

Manfaat dan Keistimewaannya :
  • 🔑Ramuan pudina sejuk dengan bahan-bahan utama yang berkhasiat bertindak menyegarkan dan melegakan seluruh bahagian kaki

    🔑 Melembapkan kaki yang keletihan dan membantu menyegarkannya dengan serta merta 


    BAGAIMANA PRODUK INI MEMBANTU ANDA?

  1. 🔖 Bahan-bahan utama di dalamnya bertindak menyegarkan dan melegakan seluruh bahagian kaki



    BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSINYA


    Inilah Mint Energizing lotion..Packaging yg tahan lasak dan berkualiti serta yg mudah di bawa ke mana mana shj:)


    Teksturnya yg sungguh ringan,tidak berminyak  seperti losyen biasa di pasaran .Malahan ianya tidak melekit dan sungguh selesa di pakai pada bahagian badan yang lain juga.




     Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary) 

    ➡️Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, berkesan melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.

    ➡️Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang mampu menenangkan dan melegakan kulit

      

    Ekstrak Kulit Kayu Salix Alba (Willow)

    ➡️Agen Astringen: Bertindak lembut sebagai astringen.


    Ekstrak Kulit Kayu Betula Alba

     ➡️Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (kulit kelihatan lebih lembut, lebih halus, dsb)

    Gliserin


    ➡️Pelembap/Penghidrat: Membantu menormalkan dan menghaluskan kulit dengan meningkatkan dan menyimpan lembapan. 


    Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu menggunakan lotion ini sebagai pengganti minyak angin yang biasa anda gunakan untuk mengurut kaki atau betis betis anda.Pengalaman beberapa orang customer saya menggunakan losyen ini untuk mengurangkan ketidakselesaan kaki yang kerap terjadi ketika hamil.Teskturnya yg merupakan losyen memberikan kesan yang lebih selesa dan tidak meninggalkn kesan yang berminyak dan tidak selesa semasa dan selepas digunakan.Ia juga boleh membantu melegakan kaki yang lenguh akibat pemakaikan kasut bertumit tinggi,berjalan jauh  mahupun berdiri terlalu lama.Suami saya juga turut sama menggunakan losyen ini sebelum dan selepas bersukan.Bau mint yang segar dan sungguh harum memberikan keselesaan kepada diri dan juga orang sekeliling setiap kali menggunakanya.Jadi anda tidak lagi merasa malu atau bimbang dengan bau-bauan ubat yang biasa terdapat pada minyak minyak yang anda gunakan utk di sapu di bahagian kaki dan badan anda juga.Seorang kenalan saya yang mempunyai kulit yang sensetif terhadap minyak panas atau sebarang losyen lain di pasaran juga mengemari losyen ini kerana ia juga sesuai bg kulitnya yang begitu sensetif.


    Untuk mendapatkanya anda boleh terus menghubungi saya perunding bebas kecantikan anda :) sms/whatsapp 012 7556577(Fatin)








Harga,Kualiti atau Jenama?


Sesetengah orang menilai sesuatu produk itu berdasarakan jenamanya.Ada individu yang memilih untuk memiliki produk yanng berjenama dan tidak kisah dari segi harga.Ada juga yang memilih produk dengan membuat perbandingan harga;yang berbaloi,mampu milik ,atau yang paling murah.Ada setengah individu pula mementingkan kualiti produk. Sebagai seorang perunding bebas kecantikan menjadi tanggungjawab saya mencadangkan produk yang benar benar memenuhi keperluan kulit anda dan mengikut keperluan kulit anda.Bagi saya anda tidak semestinya memerlukan semuanya pada satu ketika jika keaadaan kulit anda masih belum bersedia untuk langkah seterusnya.Bukan untuk menjual semaksimun mungkin. Kerana saya tidak mahu anda membazirkan wang anda malahan melabur untuk kerosakan kulit di masa hadapan.Kepuasan saya sebagai perunding bebas kecantikan adalah apabila pengguna mendapat khidmat konsultasi terbaik dan mendapat semula kulit yang sihat dan cantik setelah menggunakan produk-produk berkualiti tinggi daripada Mary Kay berbanding hanya beli dan beli ke semuanya.Anda boleh bandingkan dari segi kualiti dan harga yang setara atau pada level produk. Bandingkan dari benefit jangka masa pendek dan panjang. Bandingkan kesan atau kebaikan dan keburukan dan saya bantu anda untuk memilih keperluan kecantikan yang anda inginkan. 

Jika anda pentingkan kesihatan kulit, harga, dan kualiti. Andalah yang saya cari. Dan menepati ciri-ciri pengguna bijak kerana hanya pengguna yang benar-benar bijak memanfaatkan setiap 'RM' yang mereka keluarkan bagi memastikan mereka mendapatkan khidmat dan hasil yang terbaik.

Disinilah  peranan sebagai perunding bebas kecantikan Mary Kay yang sebenarnya.Jika sebelum ini anda hanya melakukan pembelian produk produk secara 'online' tanpa mendapatkan sebarang konsultasi dengan orang yang benar-benar 'bertauliah' ,adakah anda pasti mereka mempunyai pengetahun yang betul tentang produk yang dijual serta pengetahuan yang sebenarnya tentang kulit juga sangatlah penting.Sesetengahnya memandang remeh asalkan harganya  murah dan kesan segera dari testimonial  semata mata memang sangat-sangat  mengujakan.Terlalu ramai individu terutamanya remaja terperangkap dgn taktik biasa penjual-penjual  online mahupun 'produk instant' ini.Cantiknya cepat ,maka membawa rosaknya  kulit itu juga cepat!

Hati terdetik menukilkan sedikit perkogsian atas kesedaran semakin ramai wanita yang menderita akhirnya akibat rosaknya kulit wajah.Hampir setiap hari sy ditanya mengenai rawatan yang perlu sekiranya kulit telah menjadi begini dan begitu.Sungguh kasihan.Langkah akhir ,terpaksa mendapatkan rawatan dari pakar perubatan.Malah habisnya pula ribuan ringgit akibat kerana terlalu ingin berjimat, akhirnya memang 'selamat' segala wang yang dijimatkan.

Berbaliklah kepada produk yang lebih alami dan berasaskan tumbuhan.Semestinya saya sangat mengesyorkn Mary Kay kerana saya sendiri adalah pengguna produk Mary Kay sebelum menjadi perunding bebas kecantikan Mary Kay.Produk yang sudah setengah abad ni diperkaya dgn ekstrak tumbuhan -tumbuhan serta dikombinasikan dengan teknologi terkini yang terbaik dan dijamin pula dengan 100 peratus kepuasan produk buat semua pengguna.Saya sendiri melihat dan mengenali para pengguna setia produk Mary Kay yang telah pun menggunakan produk ini selama 14 tahun ;iaitu selama 14 tahun ia mula di pasarkan di Malaysia.Hasilnya, kulit mereka sihat ,dan kelihatan sungguh berseri walaupun usia telah menjangkau uke angka 60 -an.

Untuk yang beragama Islam ,sedia kita maklum ,semua yang berlaku di atas keizinan-Nya.Setiap kali memakai atau mengguanakan produk Mary Kay jangan lupa untuk disertai dgn niat yang betul,dengan adab dan tertib yang betul(saya menyelitkan juga unsur ini didalam kelas penjagaan kulit yang saya lakukan).Harus kita ingat ,cantik itu tidak salah,yang salahnya apabila meletakkan cantik itu di tempat yang salah.Allah itu suka pada yg cantik dan menjadi tanggugjawab kita untuk menjaga amanah kecantikan yang Allah beri dgn sebaik baiknya.Harus juga kita ingat, menggunakan sesuatu yang memudaratkan itu adalah haram lebih-lebih lagi ianya merosakan diri sendiri di kemudian hari,kelak kerana kadang kala kita terlalu sibuk mempersoalkan kandungan produk-produk yang bertaraf antarabangsa,tetapi selalu lupa bahawa produk tempatan yang dibuat dengan 99 % dari padanya adalah bahan kimia yang merosakkan kulit  serta memudaratkan kita itu juga adalah haram di sisi agama.

Tepuk dada,tanya selera!



                                 Product Mary Kay memenuhi keperluan setiap peringkat usia.

Sebarang pertanyaan,hubungi saya ;Fatin Hanani Sulaiman(012 7556577) ;Perunding Bebas Kecantikan anda !








FACIAL BRUSH TERHANGAT DI PASARAN GLOBAL!!

WOW TERHANGAT DI PASARAN!!
Pernahkah anda mencuci muka dengan berus macam ni?
Best sangat krn selepas gunakan berus ini, kulit memang terasa lebih bersih dan tidak berminyak..dan yang paling best kulit kita jadi lembut dan halus.
Berus Skinvigorate drp MARY KAY ini tidak sama dgn yg ada dipasaran. Kebanyakan yg lain, berusnya tidak lembut, harganya lebih mahal atau ada juga yg lebih murah. Yg lebih murah daripada ni mmg x best..tp yg lebih mahal mmg best la. Cuma kenapa nak beli lebih mahal jika MARY KAY menyediakan berus yg sama best macam yg lg mahal drpnya dan kuliti juga jauh lebih baik.
Kulit muka kita mempunyai 20000 liang liang roma. Selama ini kita hanya gunakan jari jemari shj kan..sedangkn ia tidak mampu membersihkn sebanyak itu liang roma. Dengan ini, berus istimewa ini dicipta utk keperluan kulit wajah kita.
FANOMENA APAKAH sedang melanda?Stok berus ini semakin susut dan laju permintaannya setiap hari dari pengguna pengguna yang bjak.Anda dah daptkanya?Jangan nangis kalau Stok dlm simpanan saya juga hampir habis.Sekarang stok global juga telah dimaklumkan mulai habis hari ini.
Cepat cepat dapatkan SEKARANG atau anda akan mengigit jari anda !
           Hebat kan?Apa tunggu lg ?SMS/Whatsapp talian hangat 012 7556577 utk mendapatkannya!


Pelajari Basic Make Up- Class Sabtu ini!

Selamat Pagi Semua Wanita Cantik !!

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang kelas make up.Jadi di sini saya ingin menjemput anda semua ke KELAS ASAS SOLEKAN yang diadakan secara PERCUMA seperti berikut:



Anda juga mungkin ingi ketahui bagaimana aplikasikan make up hanya dalam masa 5 minit!Juga bagaimanakah ber make up,namun masih di  dlm batas batasan syariat!

DAFTAR SEGERA!!
TEMPAT TERHAD!!
1ST COME 1ST SERVE

Hentikan Penggunaan Produk Berbahaya!

Wahai wanita,tolong hentikan penggunaan produk produk seperti ini.Semakin banyak yang anda cuba dan cuba ,semakin banyak bahan kimia yang meresap ke dalam kulit dan tubuh badan anda.Semakin banyak pula 'kos' yang perlu anda tanggung utk merawat kulit,

Biasanya ia terdiri daripada sabun/pencuci,toner krim siang dan krim malam.tagline popular juga cerah dalam masa.....hari..(boleh rujuk dari berita harian:http://www.bharian.com.my/node/16260?m=1)

Hampir setiap hari saya di tanyakan tentang masalah kulit yang kian kritikal akibat penggunaaan product seperti ini.Semakin lama anda guna semakin sukar anda dapatkan kulit yang sihat yang anda idamkan.




atau 




Berhati-hati ketika memilih produk..ini antra produk yg dilarang dan mengandungi bahan kimia berbahaya..jika anda msih mgunakan slh stu diantaranya,berhentilah skrg..
                                                          ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Apa yang anda sapu akan meresap jauh lebih cepat ke dalam kulit berbanding apa yang anda makan.Jangan bazirkan wang anda semata mata utk membeli produk yang 'ala-kadar' asalkan muka anda bercuci dan 'bertepek krim' sedangakan ia adalah apa yang anda sapu di wajah anda setiap hari.


Betukarlah kepada products Mary Kay yang terjamin kualitinya.Sebagai perunding kecantikan Mary Kay saya akan membantu mengenalpasti keperluan kulit anda dan meberikan konsultasi khas penjagaan kulit utk mengembalikan semula kulit yang sihat dan cantik.Love your skin.Saya boleh membantu anda♡





Ohh..Tidak!! Kulit Saya Berminyak!!




Tengah runsing nak atasi kulit berminyak ke??? 



Jangan susah hati, kerana kita ada banyak tips untuk diamalkan seharian untuk mengatasi masalah kulit berminyak ni..antaranya:


# bersihkan muka setiap hari sebanyak 2 kali sehari dengan pencuci yang tidak mengelupaskan kulit serta khas untuk kulit berminyak seperti yang telah disediakan dalam skincare pilihan di Mary Kay.







Kesan daripada memakai produk bercampur-campur jenama dan memutihkan kulit dengan membuang lapisan epidermis juga merupakan penyebab lapisan kulit kita menjadi tidak normal. Pada permulaan memang kulit nampak licin dan halus tetapi untuk jangka waktu tertentu, ia akan mengundang masalah kesihatan kulit kita. Dengan ini, elakkan mencuba sebarang produk tanpa mendapat maklumat dan testimonial yang diyakini..Hati hati dengan produk bertag line putih dalam masa 2 hari,putih dalam masa 3 hari!



# menggunakan pelembap untuk kulit berminyak

Dalam keadaan kulit berminyak, kulit kita tetap memerlukan pelembap. Kerana kulit yang mengandungi minyak hanya boleh diseimbangkan dengan pelembap yang berasaskan air. Oleh itu carilah pelembap yang khas untuk kulit berminyak dan memberi penghidratan sepanjang lebih 10 jam sehari.Apabila kulit anda berminyak,ia tidak bermaksud anda boleh 'skip' langkah pelembapan utk kulit anda.Oh..anda SILAP!

# memilih bedak asas yang khas untuk kulit berminyak

Di pasaran, terdapat berbagai-bagai jenis bedak asas dan bedak serbuk. Pilihlah yang tidak menutup liang roma (non-comedogenic), bebas minyak (oil free) dan sesuai dipakai untuk kulit berminyak.
Pada masa kini, kita lebih disarankan memilih kosmetik berasaskan mineral seperti Mary Kay kerana ia membantu mencantikkan kulit kita dan memberi banyak manfaat lain.Di Mary Kay kami telah menyediakan foundation yang memang di khaskan utk keadaan kulit anda.Bagi yang mempunyai kulit jenis  berminyak foundation jenis matte dr Mary Kay adalah pilihan yang terbaik utk anda.






# apabila memakai kosmetik atau bermekap, bersihkan dengan make up remover yang bebas minyak






Untuk membantu mengurangkan minyak pada kulit, gunakan pembersih make up yang baik dan sesuai khas untuk menanggalkan mekap, yang tidak berasaskan minyak. Elakkan menggunakan 'baby oil' kerana ia tidak sesuai untuk menanggalkan mekap (boleh rujuk link ini : http://beautybyfatinhanani.blogspot.com/2014/01/oil-seeds-oh-no.html).Seperti yang Mary Kay sediakan 'OIl-Free Eye Make  Up Remover' yang semestinya khas bagi anda yg mempunyak kulit yg berminyak juga yang sensetif.



# minum banyak air sekurang-kurangnya 6 gelas sehari

Kandungan air yang bersih, beralkali atau bermineral di dalam tubuh badan kita,juga menjadi penyumbang kepada keseimbangan kandungan minyak di lapisan kulit kita.


Kulit yang berminyak mempunyai keperluan yang tersendiri.Tapi adakah kulit anda benar benar berminyak atau sekdar kombinasi.Kenalilah dahulu jenis kulit anda dengan betul,kemudian guna lah sikncare yang sememanganya dikhas kan mengikut keperluan kulit anda.Kulit yang sihat menjadikan anda merasa selesa .Untuk maklumat lanjut,hubungi saya utk sebarang bantuan dan kosultasi penjagaan kulit anda :)

FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577



E-mail : fhanani2407@gmail.com




Kenaikan Pangkat Sebagai Pengarah Jualan Senior !

Alhamdulilah Syukur kehadrat Ilahi..Pada 5 November yang lalu saya telah di naikkan pangkat sekali lagi di Mary Kay sebagai Senior Sales Director(Pengarah Jualan Senior)-SSD.Tahniah diucapakn kepada 1st Offspring saya Sales Director Munirah Ismail yang dinaikan pangkat sebagai Sales Director(Pengarah Jualan).Wanita hebat yang merupakan seorang wanita yang sedang sarat hamil dan telah memiliki 2 orang cahaya mata yg masih kecil.Beliau merupakan seorang Pengurus Kewangan yang kini telah memiliki kerjaya hebat di Mary Kay,Di sini saya kongsikan serba sedikit gambar sewaktu majlis diadakan pada hari Rabu yang lalu.






Meraikan kejayaan bersama sama rakan :)


:)


Bersama General Manager Mary Kay Malaysia & Singapura;En Nasution Abd Rahman

Bersama recruiter saya SSD Siti Nora 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami melakukannya,anda boleh bersama sama kami pada hari esok dalam satu sessi perkongsian dan turut serta dalam sessi 'skincare class' kami.Kami juga akan berkongsi dengan anda tentang teknik penjagaan kulit yang betul juga teknik penjagaan wajah bagi melambatkan proses penuaan.






atau anda boleh terus menghubungi saya secara personal utk ditemuduga atau menetapkan temujanji.Saya sudi berkongsi dengan pengalaman dan ilmu utk membantu anda dalam perniagaan ini.Saya masih mencari wanita wanita yang ingin memiliki kerjaya dan perniagaan sendiri mahupun wanita yang inginkan 'self deveopment' dalam kehidupannya.Kami semua bermula dr  0 mungkin sama seperti anda juga.Tiada sesuatu yang mustahil jika anda benar benaar ingin melakukanya.Saya sudi memberi tunjuk ajar dan menjadikan anda sebagai rakan kongsi dalam perniagaan ini sama seperti  apa yang telah dicapai oleh SD Munirah.





FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577


E-mail : fhanani2407@gmail.com


Mary Kay Mineral Loose Powder memang istimewa!

Tiada satu pun bahan yang digunakan dalam alat mekap mineral yang “serba semula jadi”. Ini adalah kerana mineral perlu melalui satu proses purifikasi intensif sebelum dimasukkan ke dalam produk kosmetik. Malah, air juga perlu dirawat terlebih dahulu sebelum digunakan dalam kosmetik! Walaupun Mary Kay® Mineral Powder Foundation mengandungi bahan-bahan semula jadi, kita tidak boleh menganggapnya “serba semula jadi” kerana itu adalah tidak tepat.

Alas mekap boleh melindungi kulit daripada kesan-kesan alam sekitar dan meratakan tona kulit. Ia juga membantu kulit kelihatan licin berseri dan merupakan asas yang baik untuk pelbagai warna mekap.

Wanita kini mula menyedari betapa pentingnya bedak.Ia merupakan produk solekan pelbagai guna.Dengannya wajah kelihatan halus dan gebu.Dengannya penyamar noda dapat bertahan lebih lama.Ia juga membantu menyempurnakan alas mekap.

Saya pernah mencuba beberapa jenama  bedak tabur,namun Mary Kay Mineral Loose Powder ini ternyata jauh lebih selesa,memberi sapuan yang benar benar natural dan kesan yang sungguh cantik.Pertama kali mencubanya dipadankan dengan liquid foundation Mary Kay http://beautybyfatinhanani.blogspot.com/2014/10/mary-kay-liquid-foundationfoundation.html) memang berikan kesan kulit yg flawless dan sangat cantik.Tak tipu tau! Anda sediri boleh mencubanya.Ia juga diakaui oleh ke semua pelanggan saya yang menggunakanya.

Apakah kelebihan Mineral Powder Foundation???
1. Mudah digunakan agar wajah tampak berseri
2. Menutupi garis-garis halus, kedutan dan ketidaksempurnaan wajah
3. Memberi litupan yang sempurna dan menyeluruh
4. Sesuai untuk kulit sensitif
5. Diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit
6. Bebas daripada pewangi
7. Bebas daripada minyak
8. Tidak komedogenik
9. Diuji oleh ahli dermatologi



 Tekstur bedak yang halus dan licin  dengan formula tanpa talkum mengekalkan kesegaran solekan sepanjang hari.Ia mengawal minyak berlebihan dan kilatan tanpa mengeringka kulit.


 Terdapat beberapa  rona warna pilihan untuk dipilih  mengikut kesesuaian jenis tone kulit anda.


Bedak Mary Kay juga terdapat dalam bentuk translucent(saya akan kenalkan di entri berikutnya).


FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577


E-mail : fhanani2407@gmail.com


'Kick-Off 'Programme Asia Pacific Red Jacket Rally,Hang Zhou 2015 & SkinCare Class


Jom meramaikn diri ke' pampering session';sessi membelai diri bersama Mary Kay.


Mungkin ramai di antara anda yang biasa mencuba dan membeli produk produk secara online kan?Tidak lupa juga yang suka membeli produk di kaunter atau di rak rak supermarket pilihan anda.Anda pasti tak produk tu bersesuaian dengan kulit anda?Mesti ramai yang tidak pernah terfikirkan?Sebagai pengguna, jadilah seorang penguna yg lebih bijak.Sebenarnya agak rugi  bila kita menghabiskan wang dengan membeli produk produk yang tidak bersesuaian dengan keadaan kulit kita.Bukan setakat itu sahaja,kesan daripada penggunaan produk produk yang sembarangan juga akan merosakan kulit pada masa akan datang.Terutama adik adik yg kulitnya masih muda remaja.Tiada jaminan kulit akan terus kekal spt itu pada masa akan datang.Lebih lebih bila usia suda mula menghampiri usia 30 tahun.


Dengan sessi seperti ini anda akan berjumpa dengan para perunding kecantikan yang terlatih dr Mary Kay.Kami semestinya akan membantu anda mengenali keperluan dan mengetahui dahulu keadaan kulit anda yang sebenar sebelum  membuat pilihan utk menggunakan produk. Di samping itu juga dalam sessi istimewa ini juga anda akan dapat merasakan belaian produk Mary Kay secara PERCUMA...dan anda akan diajarkan cara yang betul untuk mencuci ,merawat dan membelai wajah dgn teknik pengguaan produk yang betul. Anda sendiri boleh mebuat perbezaan dgn produk produk yang anda gunakan skrg atau yang pernah anda gunakan.Ia semsetinya ia satu pengalamn yang sungguh berbeza kerana Mary Kay adalah satu produk bertaraf antarabangsa .




Selain mempelajari cara-cara penjagaan kulit, saya juga membuka peluang kepada anda yang ingin menjana pendapatan samada secara sampingan ataupun sepenuh masa. Pendaftaran sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay boleh dibuat selepas tamat sesi tersebut.

Buat pengetahuan semua, Cabaran untuk Asia Pacific Red Jacket Rally Hangzhou, China sedang berlangsung iaitu bermula pada 1 November 2014 - 31 Mac 2015...

Anda ingin turut serta bersama-sama saya ke Hangzhou, China?

Training khas juga akan diadakan khusus buat anda yang ingin turut sama saya keHangzhou, China pada Jun 2015 selepas tamat sesi berkenaan... Saya ingin membawa seramai mungkin Perunding Kecantikan Unit saya untuk sama-sama kita dapat belajar dan mendengar perkongsian daripada National Sales Director di sana nanti.. Saya merupakan antara pencapai Cabaran ini pada June 2014 yang lalu.

Disamping itu juga, para pencapai cabaran ini juga berpeluang melawat kilang Mary Kay di China dan ber'shopping' setelah penat bekerja...
Dan sudah tentunya semuanya ditaja oleh syarikat dan dilayan bagaikan Ratu Cantik dengan penginapan di hotel bertaraf 5 bintang.

Nantikan perkongsian saya tentang pengalaman saya di Hang Zhou dalam enteri yang akan datang!

Jom apa tunggu lagi,hubungi saya utk maklumat lanjut ya!Kita jumpa Sabtu nanti !



saya belanja anda semua 1 gambar semasa  syaa berasa di HangZhou,China :P


FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577


E-mail : fhanani2407@gmail.com


Adakah Anda Benar Benar Tahu Tentang Kulit Anda?

Salam Ahad buat anda ,wanita hebat sekalian :)Hari ini anda ada membelek-belek wajah anda di cermin?Anda lihat tak kulit anda.Adakah ia:

Sihat?atau
 Merah? atau
Pedih?atau
Terasa Bahang?

Rasa rasa 'macam -macam ada'?

Apa yang anda tahu tentang KULIT?
Apa yang anda lakukan untuk mendapatkan kulit yang SIHAT?
Apa REJIMEN penjagaan kulit yang anda ada?
Adakah produk yang sedang atau telah anda gunakan benar-benar SELAMAT untuk kulit anda???

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sesuatu yang sangat penting untuk 
anda tahu dan fahami.

Secara asasnya, kulit kita terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu Epidermis, Dermis dan Tisu Subkutoneus








Kenalpasti stuktur kulit




Tahukah anda terdapat lebih kurang 20,000 liang pori di wajah kita dan 
1.6 juta liang pori di seluruh tubuh kita. 

Pada pemikiran anda, seperti yang anda lakukan sehari hari mencuci muka hanya dengan menggunakan tangan dan jarijemari,mampukah 10 jari tangan kita membersihkan wajah dengan sebersih-bersihnya?

Jawapan yang sebenar benarnya ialah : TIDAK!!!

Oleh itu, Mary Kay telah pun mengeluarkan Skinvigorate Cleansing Brush yang mana ianya membersihkan 85% lagi bersih daripada cucian tangan dan ianya mampu membersihkan liang-liang pori juga..dan harganya juga adalah yang terendah di pasaran. 

Saya memastikan penggunaan berus ini setiap kali mencuci muka untuk memastikan kebersihan kulit wajah saya...Jika anda menegenakan bedak ,anda WAJIB mempunyai 1 brush SKinvigorate ini. Apabila kotoran dibersihkan dengan sebersih-bersihnya, produk yang disapu selepas cucian muka akan menyerap dengan baik dan berkesan,lebih lebih lagi serum.

Skinvigorate Cleansing Brush

http://beautybyfatinhanani.blogspot.com/2014/03/mary-kay-skinvigorate-cleansing-brush.html

Penggunaan produk kecantikan yang tepat dan mengamalkan rejimen penjagaan kulit yang konsisten secara berterusan menjadikan kulit semakin SIHAT dan TERPELIHARA.Anda akan merasa selesa dgn kulit anda.Dan ia juga akan kelihatan semakin berseri dari hari ke hari.

Sebelum membeli sesuatu produk kecantikan, pernahkan anda telitikan
persoalan-persoalan berikut:

1. JENIS KULIT wajah?
2. Kandungan BAHAN dalam produk?
3. Adakah PENJUAL mempunyai KEPAKARAN dalam produk yang dijual?
4. Adakah PENJUAL MENGGUNAKAN SENDIRI PRODUK yang dijual?
5. Beli sahaja produk IKUT ORANG SEKELILING?
6. Beli sahaja produk BERDASARKAN IKLAN?

Jika anda meneliti setiap persoalan-persoalan di atas sebelum membeli sesuatu produk,ANDA seorang yang BIJAK dan SAYANGKAN KULIT...

Jika sebaliknya, ANDA adalah seorang yang RUGI. dan SANGAT MEMBAZIR kerana apabila kulit telah ROSAK, rawatan yang perlu dilalui mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi bergantung kepada tahap kerosakan kulit.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk mengenali dan memahami keadaan kulit serta memerlukan perunding kecantikan untuk membantu, 
hubungi/sms/whatsap saya  012-7556577 (Fatin), 
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay untuk saya bantu.




FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577


E-mail : fhanani2407@gmail.com