Sesetengah orang menilai sesuatu produk itu berdasarakan jenamanya.Ada individu yang memilih untuk memiliki produk yanng berjenama dan tidak kisah dari segi harga.Ada juga yang memilih produk dengan membuat perbandingan harga;yang berbaloi,mampu milik ,atau yang paling murah.Ada setengah individu pula mementingkan kualiti produk. Sebagai seorang perunding bebas kecantikan menjadi tanggungjawab saya mencadangkan produk yang benar benar memenuhi keperluan kulit anda dan mengikut keperluan kulit anda.Bagi saya anda tidak semestinya memerlukan semuanya pada satu ketika jika keaadaan kulit anda masih belum bersedia untuk langkah seterusnya.Bukan untuk menjual semaksimun mungkin. Kerana saya tidak mahu anda membazirkan wang anda malahan melabur untuk kerosakan kulit di masa hadapan.Kepuasan saya sebagai perunding bebas kecantikan adalah apabila pengguna mendapat khidmat konsultasi terbaik dan mendapat semula kulit yang sihat dan cantik setelah menggunakan produk-produk berkualiti tinggi daripada Mary Kay berbanding hanya beli dan beli ke semuanya.Anda boleh bandingkan dari segi kualiti dan harga yang setara atau pada level produk. Bandingkan dari benefit jangka masa pendek dan panjang. Bandingkan kesan atau kebaikan dan keburukan dan saya bantu anda untuk memilih keperluan kecantikan yang anda inginkan.
Jika anda pentingkan kesihatan kulit, harga, dan kualiti. Andalah yang saya cari. Dan menepati ciri-ciri pengguna bijak kerana hanya pengguna yang benar-benar bijak memanfaatkan setiap 'RM' yang mereka keluarkan bagi memastikan mereka mendapatkan khidmat dan hasil yang terbaik.
Disinilah peranan sebagai perunding bebas kecantikan Mary Kay yang sebenarnya.Jika sebelum ini anda hanya melakukan pembelian produk produk secara 'online' tanpa mendapatkan sebarang konsultasi dengan orang yang benar-benar 'bertauliah' ,adakah anda pasti mereka mempunyai pengetahun yang betul tentang produk yang dijual serta pengetahuan yang sebenarnya tentang kulit juga sangatlah penting.Sesetengahnya memandang remeh asalkan harganya murah dan kesan segera dari testimonial semata mata memang sangat-sangat mengujakan.Terlalu ramai individu terutamanya remaja terperangkap dgn taktik biasa penjual-penjual online mahupun 'produk instant' ini.Cantiknya cepat ,maka membawa rosaknya kulit itu juga cepat!
Hati terdetik menukilkan sedikit perkogsian atas kesedaran semakin ramai wanita yang menderita akhirnya akibat rosaknya kulit wajah.Hampir setiap hari sy ditanya mengenai rawatan yang perlu sekiranya kulit telah menjadi begini dan begitu.Sungguh kasihan.Langkah akhir ,terpaksa mendapatkan rawatan dari pakar perubatan.Malah habisnya pula ribuan ringgit akibat kerana terlalu ingin berjimat, akhirnya memang 'selamat' segala wang yang dijimatkan.
Berbaliklah kepada produk yang lebih alami dan berasaskan tumbuhan.Semestinya saya sangat mengesyorkn Mary Kay kerana saya sendiri adalah pengguna produk Mary Kay sebelum menjadi perunding bebas kecantikan Mary Kay.Produk yang sudah setengah abad ni diperkaya dgn ekstrak tumbuhan -tumbuhan serta dikombinasikan dengan teknologi terkini yang terbaik dan dijamin pula dengan 100 peratus kepuasan produk buat semua pengguna.Saya sendiri melihat dan mengenali para pengguna setia produk Mary Kay yang telah pun menggunakan produk ini selama 14 tahun ;iaitu selama 14 tahun ia mula di pasarkan di Malaysia.Hasilnya, kulit mereka sihat ,dan kelihatan sungguh berseri walaupun usia telah menjangkau uke angka 60 -an.
Untuk yang beragama Islam ,sedia kita maklum ,semua yang berlaku di atas keizinan-Nya.Setiap kali memakai atau mengguanakan produk Mary Kay jangan lupa untuk disertai dgn niat yang betul,dengan adab dan tertib yang betul(saya menyelitkan juga unsur ini didalam kelas penjagaan kulit yang saya lakukan).Harus kita ingat ,cantik itu tidak salah,yang salahnya apabila meletakkan cantik itu di tempat yang salah.Allah itu suka pada yg cantik dan menjadi tanggugjawab kita untuk menjaga amanah kecantikan yang Allah beri dgn sebaik baiknya.Harus juga kita ingat, menggunakan sesuatu yang memudaratkan itu adalah haram lebih-lebih lagi ianya merosakan diri sendiri di kemudian hari,kelak kerana kadang kala kita terlalu sibuk mempersoalkan kandungan produk-produk yang bertaraf antarabangsa,tetapi selalu lupa bahawa produk tempatan yang dibuat dengan 99 % dari padanya adalah bahan kimia yang merosakkan kulit serta memudaratkan kita itu juga adalah haram di sisi agama.
Tepuk dada,tanya selera!
Sebarang pertanyaan,hubungi saya ;Fatin Hanani Sulaiman(012 7556577) ;Perunding Bebas Kecantikan anda !
No comments:
Post a Comment
Komen