PLEASE LIKE ME PAGE ON FACEBOOK

Selamatkah Produk Kecantikan Yang Anda Gunakan??

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

 OK lah dah lama tak kembali dengan post post yg baru dan segar..Baiklah utk post kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang bahayanya produk yg mengandungi bahan kimia yg merosakn kulit.

Pernah lihat kulit yg menjadi seperti ini?



Bahaya !!! Anda tahu atau buat-buat tak tau?



Bila ada yang menegur atau menyarankan agar tidak menggunakan produk penggelupasan. Jawapan anda.. 


" Saya pakai ok je, tak ada apa-apa pun.. cantik je "

" Kawan saya pakai muka dia dah cantik dah sekarang ni.. "

" Itu je saya mampu beli "

Kebanyakan produk pemutih atau penggelupasan terdapat Merkuri , Laten dan Hydrokuinon. Anda boleh search sendiri maklumat di google malah di web-web kesihatan.



Kulit menjadi putih dalam masa yg singkat,kemudian bertukar merah dan pedih dan apabila berhenti menggunakan produk tersebut kulit seperti terbakar dan semakin gelap.

Baru baru ini kita semua dikejutkn dengan berita yg menjadi tajuk utama akhbar mengenai seorang wanita yang telah mengalami wajah yg terbakar akibat penggunaan produk kosmetik yg dibeli melalui internet.Kini telah pon menjadi trend kegilaan bagi kaum wanita terutamanya remaja utk membeli produk kosmetik secara online.Mengikut laporan drpd akhbar tersebut,ada yg mendakwa kulit mereka bagaikan terbakar,wajah menjadi sensetif dan tumbuh ruam yg mencacatkan muka.Mereka sebenarnya telah terperdaya dengan pelbagai 'testimoni pengguna' produk berkenaan.


Keratan akhbar Metro baru baru ini.



Pengguna produk kosmetik dinasihatkan berwaspada dengan produk kosmetik yang digunakan kerana kandungannya sangat merbahaya dan dikhuatiri boleh merosakkan kulit dan boleh memberi kesan kepada organ dalaman .Kandungan kosmetik ibarat bom jangka masa bagi mereka yang gemar menggunakanya kerana kebanyakannya mengandungi hydroquinone dan tetrinoin.Penyerapan hydroquinone dalam darah melalui kulit dalam kuantiti yg banyak menyebabkan sawan,pendengaran berdengung,pertuturan menjadi sukar di fahami,perasaan mual,lemas dan muntah ,kekejangan otot dan sakit kepala.

Kesan luaran pula kulit menjadi hitam,terutama jika terdedah kepada cahaya matahari,lebih sensetif dan mudah terluka,kering dan gatal serta menggalakkan kewujudan pigmentasi.Ia mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran cahaya ultaungu dan sinaran matahari berlebihan yg boleh mendedahkan pegguna kepada KANSER KULIT.

Begitu juga dengan kesan sampingan penggunaan tretinoin yg boleh menyebabkan kesan terbakar pada kulit,kulit mengelupas dan kekeringan ,jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensetif kepada cahaya ultraungu.

Selain daripada 2 bahan kimia tersebut,kebnyakan produk kosmetik juga mengandungi plumbum dan merkuri 


Ini pula ialah warna krim pemutih beracun yg mengandungi merkuri.. kalau sape-sape ingat dulu masa dalam kelas kalau pegang termometer, cikgu suruh pegang elok-elok, bahaya kalau pecah sebab merkuri tu beracun, merbahaya untuk kita..tp orang sekarang tak takut, siap pakai direct lg kat muka...memanglah jd putih, kulit epidermis dah tak ada..memangla xde jerawat, mikrob yg singgah pun mati..T_T..cuba bandingkan krim korang dgn yg bermerkuri, 

Jom kita check ciri-cirinya kat sini:

1. Krim melekit. 

2. Krim tidak HOMOGEN (tidak menyatu & kasar) 

3. Bau kuat logam merkuri tapi ada yang menggunakan perfume kuat untuk menghilangkan bau logam merkuri tersebut.

4. Warna umumnya kuning untuk krim siang dan warna putih pearly bagi krim malam (berkilat seperti mutiara)- tapi tak semua yang berwarna kuning putih ada merkuri. Hanya yang berkilat sebab merkuri adalah logam jadi akan nampak berkilat.

5. Bila diusapkan pada kulit lengan terasa panas dan gatal.

6. Pada pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.

7. Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 2 minggu, bergantung pada kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat putih). Kalau produk yang sihat, kulit akan cerah (putih normal) tapi putih yang terhasil dari produk yang ada merkuri adalah putih pucat. 

8. Kulit licin dan tidak timbul jerawat, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis telah rosak, kulit dah tak ada protein & melanin (berfungsi untuk melindungi kulit dari radiasi sinaran matahari) juga sudah tidak berfungsi, sampaikan mikrob pun tak akan boleh hidup pada kulit yang telah tercemar dengan merkuri. Jerawat dalam keadaan normal adalah berfungsi sebagai indikator tahap kandungan protein di dalam kulit. Bila kita lupa nak bersihkan muka, jerawat akan keluar. Tapi pada kulit yang dah tercemar dengan merkuri, hal ini tidak terjadi lagi sebab struktur protein kulit telah berubah dan rosak.

9. Pori-pori mengecil & halus. Ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit luar wajah kita telah nipis & tergores oleh logam merkuri so nampak pori-pori mengecil & halus. Cuba uji dengan keluar di bawah sinaran matahari, jika kulit rasa terbakar, gatal disertai kemerahan, maknanya positif kulit dah rosak. Ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari. Jika anda guna produk yang selamat seperti Mary Kay, pemakaian siang hari selalunya menggunakan pelindung SPF. Jika keluar pada siang hari korang tak rasa iritasi seperti terbakar yang disertai rasa gatal.

10. Bila kulit dah tercemar dengan merkuri dan pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal. kemudian akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit ataupun merata di wajah.
Warna putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu lalu selanjutnya kehitaman

11. Jika teruskan dapat menyebabkan kanser kulit, kerosakan ginjal & menyebabkan kematian.

12. Dapat melambatkan pertumbuhan, menyebabkan kecacatan & kematian pada JANIN.









Krim pemutih yg beracun  yg mengadungi merkuri


Di sini juga ade dikongsikan tentang kesan  buruk penggunaan produk kecantikan yg mengadungi bahan kimia berbahya 

:http://www.4utah.com/content/news/links_numbers/story/The-harmful-side-effects-of-your-beauty-products/d/story/Gdj-jhxo_0a48ihP83Gfew

1. DEA – affects fetus development (terkandung dalam sabun CPVE)
2. Parabens - may cause breast cancer (terkandung dalam krim)
3. Triclosan - may cause hormone disruption and antibiotic resistance
4. Fragrance – can cause allergic reactions/migraines/asthma

5. Mercury – can cause kidney, vision, hearing, nervous & immune system damage (maybe terkandung dalam krim)

Untuk list-list product yang anda patut elak, boleh rujuk :

 http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116



Antara kosmetik yg mengandungi bahan dilarang dan berbahaya



                          Sebahagian produk yg dipamerkan di salah sebuah hospital di Malaysia


Sejak melibatkan diri dalam bidang konsultasi kecantikan saya berpeluang menjumpai ramai wanita yg merupakan bekas pengguna produk-produk yg mengandungi bahan-bahan ini.Masih sgt kurang lagi kesedaran dalam diri masyarakt kita di Malaysia tentang bahaya menggunakan produk-produk ini.Apabila muka telah benar benar rosak barulah sibuk mencari produk yg selamat.Jika sudah terkena,terpaksalah bersabar semasa mendapat rawatan pemulilhan.Ibu bapa terutamanya pantaulah produk yg anak remaja anda gunakan.Di sebabkn zaman yg semakin canggih ini, golongan remaja terutamnya sgt mudah membeli produk produk yg merosakkan kulit ini kerana sgt cepat terpengaruh dgn testimoni dr penjual.Lebih lebih lagi ianya dijual dengan harga yg sgt murah.Kebanykan mereka sgt menginginkan kulit yg putih dalam masa yg singkat tanpa memikirkn kesan serius yg akan diterima kelak.



 Keratan Akhbar Metro baru baru ini.



Laburlah sedikit utk satu produk penjagaan kulit yg benar benar berkualiti dan selamt.Allah telah anugerahkan kita  semua kulit dan wajah yg begitu istimewa.Tidak perlu taksub hendak menjadi terlalu putih sehinggakan membahayakan diri sendiri dan tidak perlu menginginkan kulit yg cantik dlm masa yg sgt cepat.Produk semulajadi mungkin sperti Mary Kay mungkin mengambil sedikit masa,namun kesannya berpanjangan dan berkekalan utk jangka masa panjang.Fikir fikirlah sebelum anda menyapu sebarang  bahan ke wajah anda, dan tanyalah adekah ianya selamat,suci dan baik utk kesan jangka masa panjang.


Selain daripada produk penjagaan kulit, kosmetik yg anda pilih sekiranya mengandungi bahan kimia seperti merkuri,plumbum ,Tretinoin,Asid azelaik,Merkuri juga berpotensi merosakan kulit walaupun hanya sebatang lisptik atau sejenis foundation sahaja.Ini berbeza dgn produk kosmetik daripada Mary Kay yg hanya bersumberkan mineral dan tumbuhan.



:http://korokrima.blogspot.com/2013/07/jenama-produk-kosmetik-beracun-di.html



                                                                               Awas memilih produk kosmetik


Sebahagian pengguna yg pernah menggunakan produk yg mengandungi bahan kimia yg merosakkkn kulit dan sedang merawat kuit dgn produk daripada Mary Kay..






Bagi anda yg masih ragu ragu tentang penggunaan produk yg sedang anda gunakan serta berminat utk mengetahui dengan lebih lanjut ataupun mahu mencuba produk Mary Kay yg sememangnya selamat dan sgt sihat utk kulit,anda boleh menghubungi saya.Produk yg telah pun berada 51 tahun di pasaran antrabangsa ini melakukan dan melalui lebih kurang 300 000 kajian dan penyelidikan setiap tahun sebelum ia dikeluarkan bagi memastikan ianya benar benar,selamat dari segi mutu ,kualiti dan hasilnya kepada pengguna dan menepati piawaian antrabangsa.Selain dari itu Mary Kay melibatkan pakar kulit,oftamolagi,pakar dermatologi ,saintis dan profesional perubatan dalam kajian penghasilannya..

Kesemua produk Mary Kay telah diiktiraf selamat . Di sini saya sertakan sebahagian senarai produk Mary Kay yang jumlahnya melebihi 300 produk yang telah di wartakan selamat oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Di sertakan sekali no pendaftaran produk. Pilihan di tangan anda. Anda hanya mempunyai 1 pilihan.. Antara menyayangi diri anda kerana kulit anda hanya ada 1 tiada gantinya..mari hubungi sy utk menyelamatkn kulit anda.



Pilih yang berkualiti,pilih yg selamat,Pilihlah Mary Kay ;)

FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577

E-mail : fhanani2407@gmail.com

Setahun Saya Bersama Mary Kay.

Penghargaan Dari Mary Kay

Syukur Alhamdulilah kira kira suda setahun saya bergelar Mary Kay Beauty Consultant dan 2 tahun menjadi pengguna setia produk Mary Kay. Sepanjang setahun saya bergelar Beauty Consultant Mary Kay pelbagai perngalaman telah saya rasai. Di sini, saya berjumpa dengan kakak-kakak dan adik-adik yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang positif. So,eyerytime saya bersama mereka saya merasakan enjoy dan melupakan segala penat dan stress yang saya alami.

Semenjak bersama Mary Kay saya merasai sebuah culture dan budaya yang tidak pernah saya temui di mana mana sebelum ini. Hanya ketika saya bersama rakan rakan Mary Kay saya. Culture dan budaya yang telah diterapkan oleh Mary Kay membuatkan Mary Kay begitu istimewa di hati saya. Mungkin juga jika yang bekerja culture dan sisterhood sebegini pasti sukar untuk anda temui di tempat kerja anda.




Selain sisterhood, apa yg saya dapati dan belajar di Mary Kay ini, ialah Recognition dan nilai "Make Others Feel Important". Di mana-manapun, tidak kira kita bekerja makan gaji or bekerja sendiri sekalipun, tidak selalu kita nak dpt merasa perasaan dihargai. Memang naluri kita sbg manusia,lebih lagi sebagai wanita kita sesekali mahu rasa diri dihargai oleh org lain, or at least semua dari kita ingin dilayani dgn baik, kan? Saya dapatinya dan lebih lebih lagi di Mary Kay,penghargaan sentiasa diberikan walaupaun atas pencapaian yg kita rasakan kecil. Secara tidak langsung, dengan achievement kecil seperti ini telah melonjakkan keyakinan saya dan merasakan sy begitu penting buat org lain. Dan ia juga menjadi motivasi utk kita sentiasa buat yang terbaik dalam apa jua yg saya lakukan.Anyway, there are lots of things that i still have to learn. Keep on learning and practise will makes perfect.






Selain dari tu  di Mary Kay, kami juga sentiasa berpegang kepada prinsip Golder Rules yang telah ditetapkan oleh Mary Kay sejak 50 tahun yang lalu.Kami sebagai perunding bebas kecantikan Mary kay  sentiasa diperingatkan tentang nilai nilai yang kami perlu jaga agar nilai profesioanalisme yang telah diterapkan oleh pihak syarikat terus kami pelihara sbg satu budaya dalam kerjaya kami. Walaupun sebelum ini saya pernah menjalankan perniagaan sendiri,melihat dan berhubung dengan pelbagai pihak untuk urusan kerja, saya dapati perkara perkara seperti ini tidak pernah diserapkn di mana mana perniagaan.Tetapi, dalam Mary Kay kami sentiasa berusaha menjaga hubungan sesama kami.Walaupun dari perkara perkara yang kelihatanya kecil tapi sebenarnya mampu menganggu-guggat sesuatu hubungan. Konsep ini begitu menawan hati saya.Mana kan tidak, manusia mungkin akan jadi 'buta mata' bila dikaburi oleh wang semata-mata. Mungkin juga hingga sanggup mengambil customer orang atau menawarkan sesuatu yang tidak sepatutnya hanya kerana mengejar keuntungan.Tetapi, dgn nilai 'Golden Rules' ini, kami percaya setiap drpd kami menjaga perasaan dan mengormati perunding kecantikan yang lain sbg sebuah keluarga dalam Mary Kay.





Dalam Islam kita ada konsep ikhlas kan?Dalam Mary Kay juga ade satu nilai  yang saya rasakan sama seperti konsep ikhlas; iaitu 'Go Give' bermaksud kita memberi sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Anda tentu pernah lihat saya mengiklankan kelas kelas penjagaan kulit yang diadakan secara PERCUMA,tanpa mengenakan bayaran. Memang ramai yang ragu ragu kerana mereka tidak ada yg percuma lagi di zaman ini.Ya ,memang kelas kami percuma kerana kami memberi ilmu dan pengetahun kepada semua wanita di luar sana.Kami percaya kepada pemberian dan perkongsian ilmu  kepada semua wanita secara ikhlas akan memberi kebaikan kepada semua. Dalam budaya Mary Kay juga setiap perunding yang berjaya mencapai sesuatu cabaran yang di adakan oleh pihak akan sentiasa berkongsi ilmu,tips dan kemahiran mereka di acara acara besar yang di anjurkan oleh syarikat. Seronok bukan?Kita sentiasa boleh belajar dan sentiasa berkongsi ilmu dgn orang orang yang berjaya dan hebat yg lain. Sehinggakan, di seminar tahunan Mary Kay  yang diadakan setiap tahun terdapat suatu pengiktirafan yg diberikan kepada perunding yg layak menyandang gelaran dan pengiktirafan ' MISS GO GIVE'.Saya juga mengimpikan untuk mendapat gelaran itu suatu hari nanti.Doakan ya !






Di Mary Kay juga ade satu nilai yg melatakkan God first ,Family Second dan Carieer Third. Dalam meniti kehidupan ini kita sentiasa belajar untuk menyeimbangkan antara keperluan- keperluan yang menjadi tuntutan hidup.Di sini lah saya belajar utk sentiasa menyeimbangkan antara 3 tuntutan utama tersebut. Dalam perniagaan ketika percaya kepada konsep rezki itu daripada Allah.Bagi setiap orang yang menjalankan pernigaan mereka tidak mempunyai gaji tetap seprtimana mereka yang bekerja makan gaji. Jika kita melihat ianya sebagai salah satu aspek yang telah ditekankan dalam Mary Kay,kita menjalankan perniagaan ini kita meletakkn Allah di tempat teratas. Selain itu berniaga juga hendaklah dengan jujur seprtimana kita mengethui bahwa Allah itu sentiasa melihat apa jua yg kita lakukan.Juga sebagai org yang berniaga harus sekali mengingatkan diri kita bahawa tujuan  perniagaan ini agar menjadi salah satu usaha kita utk kemajuan ekonomi umat islam itu sendiri.Kerana dengan perniagaan ni juga secara tak langsung kita membangunkan ekonomi kita sebagai muslim amnya kerana pernigaan yg kita jalankan adalah milik kita sendiri.Kita tidak boleh menafikan bahawa mereka yang berpegang teguh dgn agama akan berjaya tidak kira apa jua yang mereka lakukan.Mary Kay Ash juga berkata keluarga harus berada di tempat kedua selepas tuhan.Keluarga yang bahagia dapat mendorong kearah kejayaan dalam kerjaya.Keluarga menjadi keutamaan kedua kerana tanpa keluarga yang bahagia,wang tidak memberi nilai apa apa.Mary Kay Ash juga berkata bahawa jika anda berjaya dalam kerjaya sekalipun tetapi keluarga anda menjadi pecah belah dlm usaha anda mengejar kejayaan dlm kerjaya tersebut,anda sebenarnya telah pun gagal.

Next step saya ialah untuk melayakkan diri ke arah menjadi menjadi salah seorang Sales Director, dengan cara Memperkayakan Kehidupan lebih ramai Wanita. Dengan itu, saya akan dapat meraih kepuasan melihat wanita yg saya bimbing mencapai apa yg mereka impikan.Itulah impian saya.

Semua Sales Director yg saya kenali dlm area saya sgt baik, sgt talented dan byk membantu hingga saya berada di tahap ini sekarang. Saya juga ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti, insya Allah..

Saya masih mencari seberapa ramai wanita yg ingin dibimbing, dan yg inginkan perubahan dlm hidup mereka, tidak kira dr segi self improvement, mencari pendapatan utk membantu keluarga dan mencari sesuatu yg memberi makna dlm kehidupan mereka.


Saya bersedia dan committed dgn anda. Jika saya boleh, mengapa tidak anda ;)






FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577

E-mail : fhanani2407@gmail.com






Produk Rawatan Kulit Sekitar Mata yang Pertama Saya Gunakan

Merawat Dark Circle/Lingkaran Hitam Di Sekeliling Mata

Assalamualaikum readers semua..

Hari ni saya nak share tentang produk penjagaan mata  pertama dari Mary Kay yang saya telah gunakan .Saya yakin tak ramai antara kita yang begitu mengambil berat tentang produk bagi penjagaan kulit di  sekeliling mata. Mungkin juga sebab rasa-rasanya dikawasan mata tidak ada sebarang masalah kan?Kecuali bagi mereka yang berusia 40 -an dan keatas.

Nak tau tak?Kulit dibahagian sekitar mata merupakan bahagian yang nipis dan sensetif. Produk pencuci muka kita pon tidak digalakkan digunakan dibahagian tersebut. Jadi tau tak mcm mana sensetifnya kulit dikawasan tu?Saya sendiri secara jujurnya tidak berani menggunakan sebarang produk mata sebelum ni. Ketika usia di awal 20 an penjagaan wajah dibahagian mata saya tak ambil peduli sangat kerana takut sangat nak usik kat bahagian sekitar kulit mata dan takut nanti sebab pakai sebarang produk di bahagian mata,mata kedut sebelum masanya atau dengan kata lain wujud 'kedutan pra matang 'di kawasan ini.

Setelah melahirkan anak sulung, saya mula mempunyai masalah 'dark circles'  atau kata orang 'mata panda'. Masa tu ,kat sekeliling mata mula jadi gelap. Mungkin kerana jadual tidur yang berubah sebab bila mula ada baby ni tidur kita pon mula terganggu sebab baby kerap bangun untuk menyusu pada waktu malam. Tambahan pula saya ibu muda yg baru nk menyesuaikan diri dengan jadual waktu tidur yang mula berubah setelah kelahiran anak pertama..huwaaa.. mmg rasa-rasanya sesiape belum kahwin tu, cukup cukupkan la tidur anda utk bekalan masa dah ada anak nanti..hehe..Korang akan tidur tak lena dah lepas tu. :P .Saya sendiri pon tak perasan sangat hal tu hingga kawan kawan yg 'seangkatan' dengn saya ketika tu mula menegur.Tapi ketika tu saya mmg taktau nk guna apa.Ade jugakla tengok ade keluar di iklan televison tu satu jenama utk rawatn kulit sekitar mata..tp hati rasa ragu ragu ..So sy biarkan je dulu.Kawan kawan pon ade tanya ape yg baik digunakan utk merawat panda eyes tu??Hihi..sy pon jawab dengan jujur yang sy pon hadapi masalah yang sama.Ada yg cover dgn bedak sahaja dan make up, tapi bagi saya itu hanya utk sementara  waktu shj dan tidak menyelesaikan masalah ini sama sekali. Saya pon masih lagi mencari .

Sehingga suatu hari ketika saya menghadiri sessi 'Mary Kay skincara class' yang pertama (macam dalam entry saya yang lepas), perunding kecantikan  peribadi Mary Kay saya ketika itu pon ada juga tegurkan hal ni kepada saya dan beliau lalu mencadangkan penggunaan TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer.So, tak fikir panjang saya pon grab satu. Katanya, roll on sahaja dibawah mata. 2 kali sehari,siang dan malam. Selepas tu guna jari manis, dan  buat urutan ke luar dan ke dalam bahagian sekeliling mata.Mase mula mencuba tu memang hati-hati sangat,bukak je penutup cium cium dulu bau die..wah ade bau limau la..mcm pati  limau gitu..first time sy roll on, eh mcm tak keluar..lepas tu sekli lagi roll baru nampk mcm ade cream yang berwarna oren .Rupanya mmg ia dibuat dr pati citrus dan ekstrak bahan botani.Wow !Rasa sangat selesa dan segar.Roll sikit je sb die mmg pekat kerana mmg dibuat dr ekstrak bahan tersebut.Kalau anda semua nak tahu serum yang penuh berkesan ini mengandungi sebatian eksklusif yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai punca lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.







TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer






Selepas saya guna beberapa bulan..biasala mula mula tu main pakai je hati pon takdela harap sangat bende ni berkesan, tapi saya tetap teruskan juga pakai TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer tu.Sehinggalah pada satu hari kawan saya lepak lepak di rumah,pada waktu tu lama jugak tak jumpa sahabat yang sorang ni. Maklumlah waktu tu saya masih lagi full time housewife yg sangat 'busy' dengan 2 orang anak kecil.Sewaktu betukar cerita dan berborak tiba -tiba kawan tu tegur ,katanya  ."eh,dark circle awak dah takde?Pakai ape?Share lah.."Biasala kat rumah kan mmg muka free dan bebas make up..hihii..baru perasan 'panda eyes' saya dah takde..Ape lagi saya pon terus pergi tgk cermin sebab tak percaya .haha terukn!haah memang dah takde lagi..Selama ni hari hari sy tak sempat nak membelek-belek  'panda eyes' tu ,dan akhirnya dah takde rupanya. Saya pon share kat die tentang produk TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer yang saya dah gunakan beberapa bulan dan masih ade lagi sehinga waktu tu..rasa berbaloi baloi kerana hampir setahun lebih masih ada lagi produk tu berbaki. Alhamdulilah dengan izin Allah mata dah bebas dari  'dark circles'.







Syukur sekarang masalah 'dark circle' dah takde lagi .Kalau anda memang jenis selalu menghadap laptop atau kalau student pula mungkin tak cukup tidur kan? Kadang kala ,ianya juga berpunca dari keturunan atau genetik juga. Bagi saya, cuba la rawat supaya boleh mendapat semula kulit sekitar mata yg sihat dan mengubah penampilan supaya nampak lebih segar. Tak dinafikan kalau ada 'dark circles' ni ,wajah kita akan nampak letih, nampak tua.. senang cerita kurang menarik lah.. ewahhh.....nampak mcm org sakit pon ada..sedikit sebanyak die akan menjejaskan penampilan anda dan akan rase kurang 'confident; dengan diri sendiri.


Ok jom kita check serba sedikit info tentang 'Eye Dark Circle ' ini :



Lingkaran hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur, maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam. Punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi:


1. Keturunan


Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.


2. Alergi

Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.

3. Keletihan

Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

4. Usia

Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

5. Anemia

Kekurangan zat besi yang merupakan tip paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini. 



Kawan kawan,kakak adik dan makcik makcik boleh la hubungi saya utk sesi konsultasi peribadi secara percuma.Insya Allah saya akan bantu sebaik yang mungkin. Kita usaha sebaik mungkin yang selebihnya Allah yg mengizinkanNya..Itu kita perlu pegang ya.ok la, itu sahaja sedikit perkongsian pengalaman dari saya..jumpa lagi di next entry...wassalam :)





2009 :Sebelum menggunakan produk-produk dari Mary Kay


2013 : Setelah 2 tahun mengguankan produk-produk dari Mary Kay



FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577

E-mail : fhanani2407@gmail.com
 photo fatinsgnature.png