PLEASE LIKE ME PAGE ON FACEBOOK

Produk Rawatan Kulit Sekitar Mata yang Pertama Saya Gunakan

Merawat Dark Circle/Lingkaran Hitam Di Sekeliling Mata

Assalamualaikum readers semua..

Hari ni saya nak share tentang produk penjagaan mata  pertama dari Mary Kay yang saya telah gunakan .Saya yakin tak ramai antara kita yang begitu mengambil berat tentang produk bagi penjagaan kulit di  sekeliling mata. Mungkin juga sebab rasa-rasanya dikawasan mata tidak ada sebarang masalah kan?Kecuali bagi mereka yang berusia 40 -an dan keatas.

Nak tau tak?Kulit dibahagian sekitar mata merupakan bahagian yang nipis dan sensetif. Produk pencuci muka kita pon tidak digalakkan digunakan dibahagian tersebut. Jadi tau tak mcm mana sensetifnya kulit dikawasan tu?Saya sendiri secara jujurnya tidak berani menggunakan sebarang produk mata sebelum ni. Ketika usia di awal 20 an penjagaan wajah dibahagian mata saya tak ambil peduli sangat kerana takut sangat nak usik kat bahagian sekitar kulit mata dan takut nanti sebab pakai sebarang produk di bahagian mata,mata kedut sebelum masanya atau dengan kata lain wujud 'kedutan pra matang 'di kawasan ini.

Setelah melahirkan anak sulung, saya mula mempunyai masalah 'dark circles'  atau kata orang 'mata panda'. Masa tu ,kat sekeliling mata mula jadi gelap. Mungkin kerana jadual tidur yang berubah sebab bila mula ada baby ni tidur kita pon mula terganggu sebab baby kerap bangun untuk menyusu pada waktu malam. Tambahan pula saya ibu muda yg baru nk menyesuaikan diri dengan jadual waktu tidur yang mula berubah setelah kelahiran anak pertama..huwaaa.. mmg rasa-rasanya sesiape belum kahwin tu, cukup cukupkan la tidur anda utk bekalan masa dah ada anak nanti..hehe..Korang akan tidur tak lena dah lepas tu. :P .Saya sendiri pon tak perasan sangat hal tu hingga kawan kawan yg 'seangkatan' dengn saya ketika tu mula menegur.Tapi ketika tu saya mmg taktau nk guna apa.Ade jugakla tengok ade keluar di iklan televison tu satu jenama utk rawatn kulit sekitar mata..tp hati rasa ragu ragu ..So sy biarkan je dulu.Kawan kawan pon ade tanya ape yg baik digunakan utk merawat panda eyes tu??Hihi..sy pon jawab dengan jujur yang sy pon hadapi masalah yang sama.Ada yg cover dgn bedak sahaja dan make up, tapi bagi saya itu hanya utk sementara  waktu shj dan tidak menyelesaikan masalah ini sama sekali. Saya pon masih lagi mencari .

Sehingga suatu hari ketika saya menghadiri sessi 'Mary Kay skincara class' yang pertama (macam dalam entry saya yang lepas), perunding kecantikan  peribadi Mary Kay saya ketika itu pon ada juga tegurkan hal ni kepada saya dan beliau lalu mencadangkan penggunaan TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer.So, tak fikir panjang saya pon grab satu. Katanya, roll on sahaja dibawah mata. 2 kali sehari,siang dan malam. Selepas tu guna jari manis, dan  buat urutan ke luar dan ke dalam bahagian sekeliling mata.Mase mula mencuba tu memang hati-hati sangat,bukak je penutup cium cium dulu bau die..wah ade bau limau la..mcm pati  limau gitu..first time sy roll on, eh mcm tak keluar..lepas tu sekli lagi roll baru nampk mcm ade cream yang berwarna oren .Rupanya mmg ia dibuat dr pati citrus dan ekstrak bahan botani.Wow !Rasa sangat selesa dan segar.Roll sikit je sb die mmg pekat kerana mmg dibuat dr ekstrak bahan tersebut.Kalau anda semua nak tahu serum yang penuh berkesan ini mengandungi sebatian eksklusif yang dirumus khas untuk mengatasi pelbagai punca lingkaran hitam dan kesembapan di bawah mata.







TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer






Selepas saya guna beberapa bulan..biasala mula mula tu main pakai je hati pon takdela harap sangat bende ni berkesan, tapi saya tetap teruskan juga pakai TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer tu.Sehinggalah pada satu hari kawan saya lepak lepak di rumah,pada waktu tu lama jugak tak jumpa sahabat yang sorang ni. Maklumlah waktu tu saya masih lagi full time housewife yg sangat 'busy' dengan 2 orang anak kecil.Sewaktu betukar cerita dan berborak tiba -tiba kawan tu tegur ,katanya  ."eh,dark circle awak dah takde?Pakai ape?Share lah.."Biasala kat rumah kan mmg muka free dan bebas make up..hihii..baru perasan 'panda eyes' saya dah takde..Ape lagi saya pon terus pergi tgk cermin sebab tak percaya .haha terukn!haah memang dah takde lagi..Selama ni hari hari sy tak sempat nak membelek-belek  'panda eyes' tu ,dan akhirnya dah takde rupanya. Saya pon share kat die tentang produk TimeWise® Targeted-Action® Eye Revitalizer yang saya dah gunakan beberapa bulan dan masih ade lagi sehinga waktu tu..rasa berbaloi baloi kerana hampir setahun lebih masih ada lagi produk tu berbaki. Alhamdulilah dengan izin Allah mata dah bebas dari  'dark circles'.







Syukur sekarang masalah 'dark circle' dah takde lagi .Kalau anda memang jenis selalu menghadap laptop atau kalau student pula mungkin tak cukup tidur kan? Kadang kala ,ianya juga berpunca dari keturunan atau genetik juga. Bagi saya, cuba la rawat supaya boleh mendapat semula kulit sekitar mata yg sihat dan mengubah penampilan supaya nampak lebih segar. Tak dinafikan kalau ada 'dark circles' ni ,wajah kita akan nampak letih, nampak tua.. senang cerita kurang menarik lah.. ewahhh.....nampak mcm org sakit pon ada..sedikit sebanyak die akan menjejaskan penampilan anda dan akan rase kurang 'confident; dengan diri sendiri.


Ok jom kita check serba sedikit info tentang 'Eye Dark Circle ' ini :



Lingkaran hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur, maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam. Punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi:


1. Keturunan


Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.


2. Alergi

Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.

3. Keletihan

Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

4. Usia

Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

5. Anemia

Kekurangan zat besi yang merupakan tip paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini. 



Kawan kawan,kakak adik dan makcik makcik boleh la hubungi saya utk sesi konsultasi peribadi secara percuma.Insya Allah saya akan bantu sebaik yang mungkin. Kita usaha sebaik mungkin yang selebihnya Allah yg mengizinkanNya..Itu kita perlu pegang ya.ok la, itu sahaja sedikit perkongsian pengalaman dari saya..jumpa lagi di next entry...wassalam :)





2009 :Sebelum menggunakan produk-produk dari Mary Kay


2013 : Setelah 2 tahun mengguankan produk-produk dari Mary Kay



FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577

E-mail : fhanani2407@gmail.com
 photo fatinsgnature.png


No comments:

Post a Comment

Komen