PLEASE LIKE ME PAGE ON FACEBOOK

Kelas training ESRS saya yang pertama ;)



'10-11 april;First experience as one the mentor in Mary Kay training for 30++ new beauty consultAnt.Great feeling;excited but a bit nurveous,i hvd learn alot during this journey..الحمدالله

Semoga ilmu yg dikongsikn memberikn manfaat buat semua 
all the best ladies..strive for ur success!'





Buat pertama kalinya sebenarnya saya mengajar dalam satu kelas yang seramai ini.Sebelum ini saya tidak pernah lagi melalui pengalaman sebegini.Terima Kasih mary Kay,saya yang sememangnya malu malu kucing :P dan seorang yang gugup utk bercakap dihadapan ramai audiens kini sedang belajar untuk lebih berani dan yakin lagi .Istimewanya, di Mary Kay saya sentiasa dapat memperbaiki diri saya dari masa ke semasa.Inilah yang dikatakn 'self -development'.Walaupun semasa zaman persekolahn dahulu ia semua mmg sesuatu yang biasa bg saya sbg pemimpin pelajar,namun apabila telah lama meninggalkan' soft skil' dan banyak kemahiran intra-personal seperti itu, ia mmg perlu diasah kembali lebih lebih lagi sebelum ini hanya menjadi suri rumah yang mengendalikan perniagaan secara 'on-line' sahaja.

Saya tidak pernah bercita cita menjadi seorang guru,apatah lagi mengajar,tetapi apa yang Mary Kay tekankan ialah konsep sharing;berkongsi dari pengalaman dan apa yang diri sendiri lalui,itulah peranan mentor mentor di Mary Kay.Apa bila perkongsian itu bermula dr hati,saya yakin lebih mudah untuk beauty consultant yang masih baru untuk menerimanya.Jika dahulu saya adalah salah seorang yang duduk mendengar ,kini saya pula yang berdiri dan berkongsi.Tidak mudah,namum tidak sukar.Keyakinan yang diberikan sedikit sebanyak sgt membantu saya melalui setiap pengalaman dan proses pembelajaran tersebut  itu dengan mudahnya.




Didalam  sesuatu proses pembelajaran,mentor adalah orang yang paling penting.Mentor akan membimbing anda melalui perjalanan dalam perniagaan itu sendiri.Teringat saya ketika suatu masa dahulu semasa saya mengendalikan perniagaan on line,saya yang sememangnya tidak mempunyai latar berlakang dalam dunia perniagaan merasakan agak sukar dan sedikit terumbang ambing untuk belajar dan bertanya tentang sesuatu perkara,kerana secara realitinya,memang sukar untuk berjumpa dengan orang yang benar benar ingin berkongsi dan melihat kita sama sama berjaya sperti mereka.Tetapi,tidak di Mary Kay.Mentor sememangnya telah tersedia,sistem pembelajaran juga teratur dan tersusun ,cuma mahu atau tidak sahaja untuk belajar. Mentor juga telah melalui apa yg setiap dr perunding lalui dan mentorlah yang akan membimbing dan orang yang paling sekali ingin melihat kejayaan anak anak didikannya..Kejayaan menti adalah satu kejayaan besar buat mentor!Sebab tu nilai seperti 'Golden Rules' dan' Go-Give' adalah antara nilai yang termahal saya pelajari di Mary Kay





Sebagai seorang perunding kecantikan yang baru, latihan mula diberikan apabila anda mula membimbing diri,kemudian ahli pasukan kepada team anda dan akhirya aanda akan boleh memimpin perunding kecantikan semuanya.Walaubagaimanapun apa yang saya sedari kini,sebelum kita belajar memimpin org lain ,kita sedang belajar unutk memimpin diri kita sendiri terlebih dahulu.Jika berjaya,maka mudahlah laluan yang seterusnya kerana cabaran sebenar utk berjaya adalah diri anda sendiri.



Sebarang pertanyaan tentang peluang kerjaya dan menjana pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa di Mary Kay atau untuk mendapatkanya produk Mary Kay boleh terus berhubung dengan saya:

FATIN HANANI SULAIMAN
Profesional Independent Beauty Consultant Mary Kay
Call/SMS/WhatsApp
012-755 6577


E-mail : fhanani2407@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Komen